Kisah Warisan Mee Hiris &
Mee Tarik Malaysia
|
|
Restoran Mee Hiris China Muslim memulakan perjalanannya pada tahun 2019 di Senawang, menyajikan masakan Cina halal yang menggabungkan warisan tradisi dengan citarasa moden. Terkenal dengan mi buatan tangan seperti Mee Tarik dan Mee Hiris, popularity Mee Hiris China Muslim melonjak naik kerana kualiti sajian yang tinggi serta rasa autentik yang berpaksikan tradisi. Menjelang 2024, rangkaian kami dijangka berkembang daripada 29 kepada 40 cawangan di seluruh Malaysia.
Berasal dari Shanxi Datong, China, Mee Hiris mencerminkan warisan kulinari masyarakat Muslim Hui. Mi yang dihiris halus ini disediakan dengan penuh ketelitian, mewarisi teknik yang diperturunkan dari generasi ke generasi.
Setiap bahan disediakan ekslusif dari dapur pusat yang diperakui halal, menentukan keaslian sajian Mee Hiris China Muslim daripada Daging Kambing Cucuk Xinjiang hingga ke pilihan vegetarian, setiap mangkuk mengekalkan keseimbangan rasa yang konsisten di setiap cawangan, gabungan jiwa tradisi dan sentuhan global yang moden.
|
|
|
|
Misi Kami
|
|
|
Mengetengahkan cita rasa asli masakan Muslim China kepada komuniti Malaysia, disamping menyampaikan pengalaman terbaik melalui kualiti, bahan-bahan segar, dan kaedah masakan tradisional.
|
|
|
|
|
Visi Kami
|
|
|
Bekerja sebagai sebuah keluarga dengan memberi tumpuan utama kepada pengukuhan jenama di rantau ini melalui penyediaan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan, sambil menyokong penambahan warga kerja dan rakan niaga kami.
|
|
|
|